Sunday 27 May 2012

AIMAN HAKIM RIDZA

 


Aiman merupakan artis yang lahir daripada program mentor Musim ke 5 yang mana Salma berjaya menjadi juara Mentor musim tersebut. Izara Aishah pula kelahiran Dewi Remaja 2011 yang merangkul naib juara selepas tewas dengan Neelofa.
Berikut ingin saya kongsikan sedikit biodata ataupun info tentang Amir ataupun Aiman Hakim.
Nama Penuh : Aiman Hakim bin Ridza Abdoh
Tarikh Lahir : 17 Januari 1989
Tempat Lahir : Johor Bahru
Umur : 23 Tahun
Sejak dari lahir Aiman tinggal di johor sehinggalah tahun 1990. Kemudian, dia berpindah ke Pulau Pinang hingga  1994. Bermula tahun 1994 dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya.
Selain mempunyai bakat nyanyian, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Aiman pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.
Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo. Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.
Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah apabila dia bermain bola sepak bersama pasukan Bayern Munich.
Kiranya Aiman ni bukan sahaja hebat dalam bidang nyanyian, malah turut hebat dalam dunia bola sepak!!

No comments:

Post a Comment